JooMBa
Sila log-in atau daftar sebelum melihat segala maklumat di dalam forum ini tanpa had. Terima kasih kerana melawat laman web kami ini.

Please log in or register before viewing unlimited contents in this forum. Thank you for visiting our website.

Daripada / by Administrator.
JooMBa
Sila log-in atau daftar sebelum melihat segala maklumat di dalam forum ini tanpa had. Terima kasih kerana melawat laman web kami ini.

Please log in or register before viewing unlimited contents in this forum. Thank you for visiting our website.

Daripada / by Administrator.
JooMBa
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Portal komuniti ini dibangunkan bertujuan untuk berbincang, menyumbangkan idea dan bertukar-tukar pendapat serta penambahbaikan sesuatu organisasi itu, pandangan, idea dan tips-tips mengenai isu-isu yang berkaitan amat dialu-alukan.
 
HomePortal*GalleryLatest imagesSearchRegisterLog in
Selamat datang ke , forum sembang & portal maklumat anda..............................
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
» beli atau sewa?
Kompetensi Keusahawanan Yang Di Perlukan Dalam Diri Seorang Usahawan I_icon_minitimeWed Aug 18, 2010 2:28 pm by hjhasmus

» Klik-Klik Jadi Jutawan
Kompetensi Keusahawanan Yang Di Perlukan Dalam Diri Seorang Usahawan I_icon_minitimeFri Apr 09, 2010 9:23 pm by MTX

» kuih siput.....
Kompetensi Keusahawanan Yang Di Perlukan Dalam Diri Seorang Usahawan I_icon_minitimeWed Feb 17, 2010 5:32 pm by mama@adamz

» buah kurma fresh......
Kompetensi Keusahawanan Yang Di Perlukan Dalam Diri Seorang Usahawan I_icon_minitimeWed Feb 17, 2010 5:16 pm by mama@adamz

» Punca Stereng Kereta Berat
Kompetensi Keusahawanan Yang Di Perlukan Dalam Diri Seorang Usahawan I_icon_minitimeSun Feb 07, 2010 12:53 am by roy

» 6 CARA JAGA TAYAR
Kompetensi Keusahawanan Yang Di Perlukan Dalam Diri Seorang Usahawan I_icon_minitimeSun Feb 07, 2010 12:52 am by roy

» NAFAS BERBAU
Kompetensi Keusahawanan Yang Di Perlukan Dalam Diri Seorang Usahawan I_icon_minitimeTue Jan 19, 2010 12:00 pm by ciking

» Cerita orang melalui gambar misteri.......
Kompetensi Keusahawanan Yang Di Perlukan Dalam Diri Seorang Usahawan I_icon_minitimeFri Nov 13, 2009 12:32 am by mike




SRI BOLKIAH ENTERPRISE

LORI UNTUK DISEWA
Lori dumper / tipper untuk disewa bersama pemandu......

Penghantaran pasir, batu dan tanah di sekitar Daerah Papar, Kota Kinabalu, Beaufort, Kuala Penyu dan Labuan (atau di Seluruh Sabah tidak termasuk Sarawak dan Semenanjung, harap maaf).

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Izwan (019-8702786) atau Mr. Chai (016-8327282)





Ingin belajar memandu?
Harga boleh runding.......

Untuk pendaftaran sila datang ke PUSAT MEMANDU JESSELTON SDN. BHD., Cawangan Indah Permai, Sepangar.

Atau,

Hubungi:
Kak Linda 016-8104632 @ 014-552224
5




Ejen / Wakil Jualan Untuk Produk Kesihatan Keluarga:
(Haslinda)
1). Alpha Lipid

(Kasmida)
2). Transfer Factor

3). Kain Batik Kelantan (RM150.00 - RM200.00)
4). Kain Pasang & Kain Tudung

Coming soon kain import dari Dubai....

Berminat dan ingin melanggannya sila hubungi:

Haslinda (016-8104632)
K
asmida (016-2513516)

Kompetensi Keusahawanan Yang Di Perlukan Dalam Diri Seorang Usahawan KliksiniKompetensi Keusahawanan Yang Di Perlukan Dalam Diri Seorang Usahawan Imp

Create your own banner at mybannermaker.com!



iluvislam
Visitors
Copyright


© 2009 Copyright JooMBa
Web Team All Rights Reserved.






 

 Kompetensi Keusahawanan Yang Di Perlukan Dalam Diri Seorang Usahawan

Go down 
AuthorMessage
nokE90
Elite
Elite
nokE90


Posts : 52
Points : 11157
Reputation : 9
Join date : 2009-04-14
Age : 38
Location : sepangar

Kompetensi Keusahawanan Yang Di Perlukan Dalam Diri Seorang Usahawan Empty
PostSubject: Kompetensi Keusahawanan Yang Di Perlukan Dalam Diri Seorang Usahawan   Kompetensi Keusahawanan Yang Di Perlukan Dalam Diri Seorang Usahawan I_icon_minitimeFri Apr 17, 2009 1:12 pm

Kompetansi keusahawanan bermaksud
kemampuan diri seseorang untuk melaksanakan fungsi-fungsi keusahawanan
dengan lebih berkesan bersesuaian dengan tugasnya sebagai seorang
usahawan.Berikut ini disenaraikan kompetensi keusahawan diri terhadap
usahawan-usahawan berjaya yang mana dianggap penting dari sudut
nilai-nilai keusahawanan, sikap dan motivasi keusahawanan.



  • Berinisiatif
Daya
inisiatif adalah satu daripada kompetensi keusahawanan yang paling
penting kerana dengan ciri ini beliau akan mempunyai kecenderungan
untuk melihat dan menganalisis sesuatu situasi atau keadaan dengan
cekap. Hasil daripada sikap tanpa menunggu diarahkan atau dipaksa
melakukan sesuatu untuk kejayaan sendiri, individu yang berinisiatif
itu dapat melihat perkara-perkara yang perlu dilakukan melalui intuisi
dan imiginasinya. Sikap ini akan membawa usahawan tersebut selangkah
lebih maju dari orang lain.



  • Melihat dan Merebut Peluang
Kejayaan
seseorang usahawan banyak bergantung kepada kemampuannya melihat dan
merebut peluang-peluang yang wujud di sekitarnya. Kata-kata hikmat yang
penting kepada seseorang usahawan ialah peluang mesti dicari, ianya
tidak diberi. Peluang-peluang perniagaan boleh wujud hasil daripada
perkara-perkara seperti permintaan yang tidak dapat dipenuhi oleh
usahawan lain, kewujudan teknologi baru, kemahiran yang wujud dalam
persekitaran, sumber-sumber alam yang belum diterokai dan halacara baru
dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan.



  • Kecekalan
Liku-liku
hidup seorang usahawan adalah kompleks. Usahawan perlu mengharungi
berbagai-bagai halangan dan masalah perniagaan. Untuk itu, usahawan
perlu mempunyai ketabahan dan kecekalan diri yang tinggi. Sikap
seseorang yang cekal iaitu berusaha berulangkali atau mencari jalan
untuk mengatasi rintangan-rintangan yang menghalang pencapaian maklumat.



  • Mencari Maklumat
Kejayaan
atau kegagalan sesebuah syarikat banyak bergantung kepada mutu maklumat
yang diperolehi, secukup mana maklumat itu dikumpul dan cara maklumat
tersebut digunakan dalam membuat keputusan. Usahawan yang sensitif
kepada maklumat akan mempelajari dan mengambil ikhtibar dari apa jua
bentuk maklum balas yang diperolehi samada dalam bentuk kritikan dari
orang lain atau dari hasil perbuatannya sendiri.



  • Menitikberatkan Mutu Kerja Yang Tinggi
Seseorang
usahawan tulin akan sensitif dan sentiasa menitikberatkan mutu dan
piawaian penghasilan kerja atau perkhidmatan mereka. Usahawan tidak
melakukan kerja semata-mata untuk menyelesaikan tugasnya tetapi melalui
kerjanya ia akan mencari kepuasan dengan tahap pencapaian yang
cemerlang dan bermutu. Hanya dengan kerja-kerja yang bermutu, usahawan
itu dapat meluaskan pasarannya dan meningkatkan lagi prestasi serta
imej syarikat dan dirinya.



  • Komitmen Terhadap Perjanjian Kerja
Usahawan
perlu mempunyai sikap menepati perjanjian kerja dengan menunjukkan
usaha yang berlebihan dan melakukan pengorbanan peribadi untuk
menyelesaikan sesuatu kerja. Usahawan yang berjaya dapat menarik
kepercayaan pelanggan melalui sikapnya yang sentasa menepati janji.
Kepercayaan pelanggan adalah kunci kepada kestabilan sesebuah syarikat.



  • Berorientasi Ke Arah Kecekapan
Seseorang
usahawan yang berdaya maju akan sentiasa mencari jalan untuk
meningkatkan produktiviti syarikat dan dirinya sendiri. Peningkatan
produktiviti bermakna membuat pengeluaran atau memberikan perkhidmatan
dengan kos yang lebih menjimatkan atau dengan masa yang lebih pantas
tanpa menjejaskan prestasi pengeluaran. Hanya dengan cara ini,
pembaziran dapat dielakkan. Individu yang menitikberatkan kecekapan
diri atau syarikatnya akan mencuba sedaya upaya menggunakan maklumat
perniagaan atau kaedah pengurusan yang baik untuk membetulkan tahap
kecekapan syarikat dari aspek penggunaan bahan mentah, modal, tenaga
manusia, mesin dan jentera serta teknologi.



  • Membuat Perancangan Yang Sistematik
Seseorang
usahawan perlu membuat perancangan yang sistematik dengan merancang dan
mengatur langkahnya dengan membahagi-bahagikan tugas atau kerja yang
besar kepada tugas yang lebih kecil dan mudah. Mewujudkan rancangan
yang dapat mengatasi rintangan-rintangan yang dijangkakan.



  • Menyelesaikan Masalah
Alam
perniagaan penuh dengan pelbagai masalah. Usahawan yang inginkan
kejayaan perlu mampu menyelesaikan masalah dengan cara mencari dan
melahirkan idea-idea baru atau penyelesaian masalah secara inovatif. Di
samping itu mereka perlu mewujudkan strategi-strategi alternatif yang
lebih cekap dan lebih baik untuk mencapai matlamat perniagaan.



  • Keyakinan Diri
Usahawan
perlulah mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri dan menunjukkan
sikap yakin terhadap kemampuan diri dalam membuat keputusan atau dalam
menyahut sesuatu cabaran. Individu tersebut juga perlu berpendirian
terhadap apa yang sedang dilakukan.



  • Ketegasan
Sikap
individu yang tegas ialah sanggup menyuarakan sesuatu masalah kepada
orang lain secara langsung dan mengambil tindakan walaupun menghadapi
banyak tentangan daripada pihak lain.



  • Meyakinkan Orang Lain
Fungsi
utama seorang usahawan ialah mempengaruhi keadaan persekitarannya.
Persekitaran usahawan termasuklah individu-individu atau
institusi-institusi. Usahawan berurusan dengannya untuk menggerakkan
sumber-sumber organisasi, mendapatkan bahan mentah, mengelolakan proses
pengeluaran dan perkhidmatan. Kesemua aktiviti tersebut memerlukan
kemahiran untuk memujuk dan meyakinkan orang lain. Tanpa kemampuan
tersebut, usahawan akan gagal mempengaruhi pelanggan atau pembekal
untuk memberi sokongan kepada perniagaannya.



  • Menggunakan Strategi Pengaruh
Usahawan
sebagai pemmpin mesti mempunyai kecenderungan untuk memikirkan
strategi-strategi yang boleh mempengaruhi orang lain tanpa tipu helah
dalam mencapai matlamat perniagaan.



  • Bermatlamat dan Berwawasan
Usahawan
perlu mempunyai wawasan yang jauh dan mewujudkan matlamat yang jelas
dan boleh diukur pencapaiannya. Beliau harus peka kepada kemampuan
sendiri dan mengenalpasti halangan dalaman dan luaran supaya
halangan-halangan tersebut dapat diatasi.



  • Bertenaga
Usahawan
yang bertenaga adalah usahawan yang sanggup bekerja di waktu-waktu
luarbiasa dan sanggup mengorbankan waktu rehat apabila tugas-tugas
keusahawanan memerlukan mereka.
Back to top Go down
https://joomba.forumotion.com
 
Kompetensi Keusahawanan Yang Di Perlukan Dalam Diri Seorang Usahawan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Pertanian adalah keusahawanan
» Lembu dalam golongan apa?
» Prosedur mengadakan kursus keusahawanan..
» Peranan Usahawan
» Kepentingan Jaringan Kepada Usahawan

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
JooMBa :: Usahawan dan Keusahawanan :: Keusahawanan-
Jump to: