JooMBa
Sila log-in atau daftar sebelum melihat segala maklumat di dalam forum ini tanpa had. Terima kasih kerana melawat laman web kami ini.

Please log in or register before viewing unlimited contents in this forum. Thank you for visiting our website.

Daripada / by Administrator.
JooMBa
Sila log-in atau daftar sebelum melihat segala maklumat di dalam forum ini tanpa had. Terima kasih kerana melawat laman web kami ini.

Please log in or register before viewing unlimited contents in this forum. Thank you for visiting our website.

Daripada / by Administrator.
JooMBa
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Portal komuniti ini dibangunkan bertujuan untuk berbincang, menyumbangkan idea dan bertukar-tukar pendapat serta penambahbaikan sesuatu organisasi itu, pandangan, idea dan tips-tips mengenai isu-isu yang berkaitan amat dialu-alukan.
 
HomePortal*GalleryLatest imagesSearchRegisterLog in
Selamat datang ke , forum sembang & portal maklumat anda..............................
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
» beli atau sewa?
Luluh Hati Dengan Kesantunan Nabi I_icon_minitimeWed Aug 18, 2010 2:28 pm by hjhasmus

» Klik-Klik Jadi Jutawan
Luluh Hati Dengan Kesantunan Nabi I_icon_minitimeFri Apr 09, 2010 9:23 pm by MTX

» kuih siput.....
Luluh Hati Dengan Kesantunan Nabi I_icon_minitimeWed Feb 17, 2010 5:32 pm by mama@adamz

» buah kurma fresh......
Luluh Hati Dengan Kesantunan Nabi I_icon_minitimeWed Feb 17, 2010 5:16 pm by mama@adamz

» Punca Stereng Kereta Berat
Luluh Hati Dengan Kesantunan Nabi I_icon_minitimeSun Feb 07, 2010 12:53 am by roy

» 6 CARA JAGA TAYAR
Luluh Hati Dengan Kesantunan Nabi I_icon_minitimeSun Feb 07, 2010 12:52 am by roy

» NAFAS BERBAU
Luluh Hati Dengan Kesantunan Nabi I_icon_minitimeTue Jan 19, 2010 12:00 pm by ciking

» Cerita orang melalui gambar misteri.......
Luluh Hati Dengan Kesantunan Nabi I_icon_minitimeFri Nov 13, 2009 12:32 am by mike




SRI BOLKIAH ENTERPRISE

LORI UNTUK DISEWA
Lori dumper / tipper untuk disewa bersama pemandu......

Penghantaran pasir, batu dan tanah di sekitar Daerah Papar, Kota Kinabalu, Beaufort, Kuala Penyu dan Labuan (atau di Seluruh Sabah tidak termasuk Sarawak dan Semenanjung, harap maaf).

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Izwan (019-8702786) atau Mr. Chai (016-8327282)





Ingin belajar memandu?
Harga boleh runding.......

Untuk pendaftaran sila datang ke PUSAT MEMANDU JESSELTON SDN. BHD., Cawangan Indah Permai, Sepangar.

Atau,

Hubungi:
Kak Linda 016-8104632 @ 014-552224
5




Ejen / Wakil Jualan Untuk Produk Kesihatan Keluarga:
(Haslinda)
1). Alpha Lipid

(Kasmida)
2). Transfer Factor

3). Kain Batik Kelantan (RM150.00 - RM200.00)
4). Kain Pasang & Kain Tudung

Coming soon kain import dari Dubai....

Berminat dan ingin melanggannya sila hubungi:

Haslinda (016-8104632)
K
asmida (016-2513516)

Luluh Hati Dengan Kesantunan Nabi KliksiniLuluh Hati Dengan Kesantunan Nabi Imp

Create your own banner at mybannermaker.com!



iluvislam
Visitors
Copyright


© 2009 Copyright JooMBa
Web Team All Rights Reserved.






 

 Luluh Hati Dengan Kesantunan Nabi

Go down 
AuthorMessage
arieyu85
Junior
Junior
arieyu85


Posts : 13
Points : 10966
Reputation : 1
Join date : 2009-04-19
Age : 36
Location : Kg. Tanjung Aru, Labuan

Luluh Hati Dengan Kesantunan Nabi Empty
PostSubject: Luluh Hati Dengan Kesantunan Nabi   Luluh Hati Dengan Kesantunan Nabi I_icon_minitimeTue Apr 21, 2009 1:46 pm

Angin gurun yang gersang menerpa ke dalam udara Madinah yang mula sejuk. Abu Abbas r.a seorang sahabat setia Rasulullah SAW duduk merenung.Cintanya pada Rasulullah begitu besar.Sedangkan imannya dirasakan terlalu tipis untuk dapat menenggung duka berpisah dengan orang yang dicintai…..iaitu Rasulullah.Abu Abbas terkenang bagaimana ia mula-mula ia tertarik untuk memeluk Islam.

Satu demi satu musuh gugur di bawah debu peperangan.Keberanian mereka hancur.Semangat mereka untuk berperang kian redup.Yang tinggal hanyalah ketakutan dan kehilangan kepercayaan diri sendiri.Sehingga dalam waktu yang singkat,musuh terdesak mundur dan akhirnya masing-masing lari untuk menyelamatkan diri.Dari atas bukit Uhud,Abu Abbas melihat Rasulullah perlahan-lahan kembali memegang komando perang.Seluruh angota tentera cuba mengejar tentera Quraisy yang bertempiaran lari ketakutan.

Tetapi sungguh mengagumkan dan menghairankan,Rasulullah mengangkat tangannya dan memberi isyarat agar mereka menghentikan pengejaran dan memerintahkan pedang dan panah diletakkan kembali ke sarungnya. Di tengah-tengah kejayaan itu Rasulullah lalu menyerukan satu peringatan, Firman Allah SWT yang maksudnya : "Bahawasanya perangilah kerana Allah orang-orang yang memerangi kamu sahaja dan jangan kamu lakukan dengan berlebihan.kerana Allah tidak menyukai kamu yang melampaui batas" (Al Baqarah : 190)

Adakah kemuliaan yang lebih agung dari sikap yang telah diperlihatkan oleh Rasulullah SAW? Dengan kemenangan tersebut baginda masih mampu mengendalikan diri dan suasana serta memberi kemaafan. Padahal Sayidina Hamzah,Bapa Saudaranya terbunuh dalam keadaan aniaya.Padahal sahabat terdekat baginda berguguran di tangan musuh dengan kejamnya. Tujuh puluh orang telah gugur di medan perang.Namun Rasulullah tidak bersikap membalas dendam dengan menghancurkan semua musuh yang tidak berdaya.

"Adakah dimuka bumi ini orang yang akhlaknya semulia pekerti Nabi Muhammad SAW?"Bisik hati Abu Abbas ketika itu.

Abu Abbas berdiri kaku di puncak gunung batu.Hatinya yang keras sekeras batu karang mula cair dan lembut. Bukan oleh terik padang pasir yang mendidih.Tetapi oleh kelembutan hati pemimpin yang tetap senyum meskipun wajahnya berlumuran darah.Yang menatap ramah walaupun pipinya luka terkena senjata musuh.Kasih Abu Abbas semakin subur kepada Rasulullah menyaksikan jiwa dan hati baginda begitu besar dan lapang .Ini terpancar semasa baginda berdepan dengan Abdullah bin Ubai yang terkenal sebagai pemimpin kaum munafiq.

Semasa akhir hayatnya ,Abdullah Bin Ubai ditimpa sakit keras.Dengan bibir gemertar yang semakin membiru,Abdullah bin Ubai meminta kepada anaknya agar dipanggilkan Rasulullah.Ia ingin didoakan oleh Rasulullah.Abu Abas yang menyaksikan peristiwa itu beranggapan mustahil Rasulullah mahu datang menemui tokoh munafiq tersebut.Ternyata dugaan Abu Abbas meleset,.Rasulullah datang bersama Umar Al Khattab.Kepada Rasulullah ,Abdullah bin Ubai memohon agar baginda bersedia melepaskan jubahnya dan menyelimuti dengan jubah tersebut.Kalau pun dengan berselimut jubah itu tidak juga menyembuhkan penyakitnya,Abdullah masih berharap biarlah ia mati dengan berselimutkan jubah Rasulullah.Dengan penuh kasih sayang Rasulullah menunaikan permintaan Abdullah bin Ubai.Sehinggalah akhirnya Abdullah meninggal dunia dalam penderitaan dan kesakitan dibawah jubah Rasulullah.

Peristiwa itu membuat Sayidina Umar tertanya-tanya.Ia tidak menyangka Rasulullah akan berbuat sejauh itu terhadap ketua munafiq yang telah banyak menabur fitnah dan perpecahan dikalangan umat Islam.

" Alangkah beruntungnya Abdullah bin Ubai,Ia meninggal dunia dengan berselimutkan jubah baginda yang suci.Para sahabat yang setia pun belum tentu mendapat keistimewaan itu"ucap Umar.

Rasulullah tersenyum penuh kearifan dan kasih sayang .Dengan nada yang lembut baginda menjawab:
"Sahabat ku Umar, Sesungguhnya jubah Rasulullah tidak akan menyelamatkan Abdullah Bin Ubai atau sesiapa sahaja sebab manusia hanya selamat oleh iman dan taqwa masing-masing."

Ucapan Rasulullah itu meninggalkan kesan yang dalam pada diri Abu Abbas dan ucapan itu perlu menjadi azimat dan igatan kepada umat sepanjang zaman.
Back to top Go down
 
Luluh Hati Dengan Kesantunan Nabi
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» KISAH SI PEMALAS DENGAN ABU HANIFAH
» Mencuci badan, enjin kereta dengan betul

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
JooMBa :: Info Anda :: Cheritera Pengajaran-
Jump to: