Apa kata kawan2 atau member yg berada di dalam forum ini..... tentang kes tuntutan Filipina terhadap Sabah...
berikut petikan news (21 April 2009/New Sabah Times) yg berlaku di Lahad Datu baru2 ini....
Usul tuntutan ini telah dikemukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Likas, Datuk Liew Teck Chan tetapi telah ditolak oleh Speaker DUN, Datuk Juhar Mahiruddin dalam mesyuarat DUN Sabah......
Atas sebab-sebab tertentu "Juhar berkata, pertama isu itu(tuntutan Filipina ke atas Sabah) lebih wajar ditangani oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Luar disebabkan hal ehwal perhubungan antarabangsa di bawah bidang kuasa kementerian di Kerajaan Pusat.
Kedua katanya. Jika masalah itu (tuntutan Filipina ke atas Sabah) dibincangkan dalam persidangan DUN Sabah, ia seolah-olah kita, Kerajaan Negeri dan Kerjaan Malaysia mengiktiraf tuntutan Filipina ke atas Sabah."
Petikan seterusnya "Liew berkata, tindakan itu dibuat berikutan kes seorang lelaki yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu dan 11 lelaki ditangkap oleh polis di Lahad Datu baru-baru ini kerana membakar bendera negeri Sabah dalam dua perhimpunan haram berasingan telah menimbulkan kemarahan rakyat negeri."
Jawab jangan tak jawab..... berikan pendapat anda dengan minda yg waras hehehe.....