Copyright |
© 2009 Copyright JooMBa Web Team All Rights Reserved.
|
| | SELSEMA.............. | |
| | Author | Message |
---|
elvinda Senior
Posts : 37 Points : 11103 Reputation : 3 Join date : 2009-04-15 Age : 38 Location : KG Rampazan PAPAR
| Subject: SELSEMA.............. Mon Apr 27, 2009 1:11 pm | |
| Apakah itu selesema?Iaitu satu jangkitan pada hidung dan tekak. Biasanya disebabkan oleh virus. Apakah tanda-tanda dan simptom-simptom selesema?Simptom-simptom yang biasa adalah :
- Batuk
- Demam
- Sakit tekak
- Sukar bernafas
- Hidung tersumbat dan akan semakin teruk dan berkahak
- Akan bernafas melalui mulut kerana hidung yang tersumbat.
Simptom-simptom lain termasuk:
- Bersin
- Keletihan
- Sakit kepala
- Hilang selera makan
- Muntah dan cirit-birit.
Apakah rawatan untuk selesema?Selesema adalah satu penyakit kendiri. Tiada rawatan khusus diperlukan dan rawatan dilakukan hanyalah dengan membuat kanak-kanak itu merasa selesa. Langkah-langkah penting termasuk:
- Rehat yang sempurna
- Mengambil banyak air
- Mengambil makanan yang berzat
- Pemberian paracetamol untuk melegakan demam dan membuat mereka selesa
- Anti-biotik tidak diperlukan
Langkah-langkah untuk melegakan hidung tersumbat
- Menggunakan titisan salin nasal sebelum memberi makan bayi atau tidur
- Dalam
kes yang lebih teruk, boleh gunakan ubat pelega sesak hidung tetapi mesti berhati-hati kerana kesan sampingan seperti rasa mengantuk, tidak selesa dan sukar untuk tidur.
- Gunakan penyedut lendir manual untuk kes yang lebih teruk.
Aspirin tidak sesuai bagi mereka yang kurang dari 15 tahun.ia boleh dikaitkan dengan satu penyakit yang serius dipanggil ‘Reye’s syndrome’. Bolehkah selesema dirawat?Selesema tidak boleh dicegah tetapi ada cara untuk mengurangkan kadar jangkitan :
- Jangan terlalu dekat dengan orang yang dijangkiti
- Basuh tangan sebelum makan dan selepas menyentuh hidung
- Gunakan tuala tangan pakai buang menggantikan sapu tangan
- Ajar anak-anak supaya menutup hidung dan mulut apabila batuk atau bersin dan basuh tangan serta merta.
- Jika seseorang mendapat selesema, mereka hendaklah menjauhi pusat jagaan kanak-kanak atau sekolah
- Makan makanan berzat dan amalkan gaya hidup sihat
| |
| | | nokE90 Elite
Posts : 52 Points : 11171 Reputation : 9 Join date : 2009-04-14 Age : 38 Location : sepangar
| Subject: Re: SELSEMA.............. Mon May 04, 2009 2:51 pm | |
| klu selsema babi tu mcm mana ya? bahaya jugak ya selsema ni....maybe mcm paru-apru berair...... jangan selsema ikan udalah nanti ramai orang tak dapat makan ikan.... ikan ada selsema ka? | |
| | | apiwan Freshie
Posts : 4 Points : 10920 Reputation : 2 Join date : 2009-05-18
| Subject: Re: SELSEMA.............. Thu May 21, 2009 4:23 pm | |
| Tertarik dengan cara menyedut lendir manual-alat penyedutnya macam mana yaa..?ada gambar ka? Bagi yang dewasa senang ja, pergi kedai makan, order bak so ka,mee sup ka, bihun sup ka, tom yam ka, pastikan ianya pedas berapi dan panas gila kau makan.... sedut syruppp... lepas tu tengok segala lendir dan 'cendol' akan keluar dari hidung kau.Disamping tu kau dapat 'high free'...tanpa dadah,make sure you can drive home safely.. Itu lah cara aku menyelesaikan masaalah selsema aku. Nak makan pil ni almaklum lah semua tu ada dadah 'betul guna' Cuba guna kekuatan yang ada pada badan kita dulu, tak boleh baru kita guna pil Selamat Mencuba... | |
| | | MTX Senior
Posts : 37 Points : 11100 Reputation : 6 Join date : 2009-04-15 Age : 48 Location : Kimanis
| Subject: Re: SELSEMA.............. Mon Jun 22, 2009 9:04 am | |
| selsema babi makin menjadi2 pula skrang ni merebak secara dalaman. maksudnya sekarang wabak tu bukan di bawa dari luiar negara....ia telah menular secara jangkitan tempatan....jadi kepada anda d luar sana kena berhati2...... lepas tu dtambah dengan keadaan yang panas skrang ni..... ramailah urang sakit..... | |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: SELSEMA.............. | |
| |
| | | | SELSEMA.............. | |
|
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |