JooMBa
Sila log-in atau daftar sebelum melihat segala maklumat di dalam forum ini tanpa had. Terima kasih kerana melawat laman web kami ini.

Please log in or register before viewing unlimited contents in this forum. Thank you for visiting our website.

Daripada / by Administrator.


Portal komuniti ini dibangunkan bertujuan untuk berbincang, menyumbangkan idea dan bertukar-tukar pendapat serta penambahbaikan sesuatu organisasi itu, pandangan, idea dan tips-tips mengenai isu-isu yang berkaitan amat dialu-alukan.
 
HomePortal*CalendarGalleryFAQSearchRegisterLog in
Selamat datang ke , forum sembang & portal maklumat anda..............................
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
» beli atau sewa?
Wed Aug 18, 2010 2:28 pm by hjhasmus

» Klik-Klik Jadi Jutawan
Fri Apr 09, 2010 9:23 pm by MTX

» kuih siput.....
Wed Feb 17, 2010 5:32 pm by mama@adamz

» buah kurma fresh......
Wed Feb 17, 2010 5:16 pm by mama@adamz

» Punca Stereng Kereta Berat
Sun Feb 07, 2010 12:53 am by roy

» 6 CARA JAGA TAYAR
Sun Feb 07, 2010 12:52 am by roy

» NAFAS BERBAU
Tue Jan 19, 2010 12:00 pm by ciking

» Cerita orang melalui gambar misteri.......
Fri Nov 13, 2009 12:32 am by mike




SRI BOLKIAH ENTERPRISE

LORI UNTUK DISEWA
Lori dumper / tipper untuk disewa bersama pemandu......

Penghantaran pasir, batu dan tanah di sekitar Daerah Papar, Kota Kinabalu, Beaufort, Kuala Penyu dan Labuan (atau di Seluruh Sabah tidak termasuk Sarawak dan Semenanjung, harap maaf).

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Izwan (019-8702786) atau Mr. Chai (016-8327282)





Ingin belajar memandu?
Harga boleh runding.......

Untuk pendaftaran sila datang ke PUSAT MEMANDU JESSELTON SDN. BHD., Cawangan Indah Permai, Sepangar.

Atau,

Hubungi:
Kak Linda 016-8104632 @ 014-552224
5




Ejen / Wakil Jualan Untuk Produk Kesihatan Keluarga:
(Haslinda)
1). Alpha Lipid

(Kasmida)
2). Transfer Factor

3). Kain Batik Kelantan (RM150.00 - RM200.00)
4). Kain Pasang & Kain Tudung

Coming soon kain import dari Dubai....

Berminat dan ingin melanggannya sila hubungi:

Haslinda (016-8104632)
K
asmida (016-2513516)


Create your own banner at mybannermaker.com!



iluvislam
Visitors
Copyright


© 2009 Copyright JooMBa
Web Team All Rights Reserved.






Share | 
 

 Penanaman secara fertigasi.....

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
MieRa
Elite
Elite


Posts : 56
Points : 5810
Reputation : 5
Join date : 2009-04-15
Age : 37
Location : Papar

PostSubject: Penanaman secara fertigasi.....   Thu May 14, 2009 2:16 pm

Tanaman Sayuran Secara Fertigasi Membawa Kejayaan Kepada Usahawan Peladang Tuan Haji Jamaludin Bin Lawani.

Tuan Haji Jamaludin bin Lawani, merupakan ahli PPK Cameron Highlands penyandang Peladang Jaya Lelaki Tahun 1995, telah lebih 17 tahun mengusahakan projek tanaman sayuran pelbagai secara konvensional dan fertigasi. Tanaman sayuran yang diusahakan secara konvensional di Sungai Palas di atas kawasan seluas 15 ekar meliputi sayuran campuran seperti kobis, kacang buncis, kamcham, sawi putih dan sawi jepun.

Bagi sayuran jenis berdaun, secara purata beliau memperolehi hasil antara 10 hingga 15 tan/ekar dan sayuran jenis berbuah hasil pengeluaran mencapai sehingga 25 tan/ekar setiap pusingan. Dalam tempoh setahun beliau berupaya mengusahakan tanaman sayuran pelbagai jenis sehingga 6 pusingan. Beliau memasarkan hasil pengeluaran secara jualan sendiri di Ipoh, Pulau Pinang dan juga Kuala Lumpur. Manakala jualan secara borong dengan harga RM1.80/kg adalah kepada pengeksport yang akan memasarkan hasil-hasil tersebut ke Singapura.

Disamping itu, Tuan Haji Jamaludin juga mengusahakan tanaman bungaros seluas 1.5 ekar di lokasi yang sama. Kebun bunga beliau boleh memuatkan 35,000 pokok bunga sepusingan. Hasil bunga turut dijual kepada pengeksport yang akan memasarkannya ke Singapura. Secara purata beliau berupaya memperolehi hasil diantara RM15,000 hingga RM20,000 sepusingan.

Seiring dengan saranan kerajaan untuk mentransformasikan pertanian menerusi teknologi, Tuan Haji Jamaludin telah menyahut seruan tersebut dengan meneroka tanah kerajaan yang disewa secara TOL seluas 18 ekar di Lojing, Gua Musang, Kelantan untuk tanaman tomato secara fertigasi. Sehingga kini beliau telah mengusahakan tanah tersebut seluas 5 ekar. Bagi setiap ekar tanah, beliau membina 18 unit rumah pelindung hujan yang bersaiz 22’ X 90’ untuk menempatkan sebanyak 10,000 pokok tomato. Kos semasa bagi pembinaan rumah pelindung hujan lengkap dengan infrastruktur yang lain ialah RM80,000 seekar.

Sehingga kini beliau telah melabur sejumlah RM1.8 juta bagi merealisasikan hasratnya. Manakala 3 ekar tanah lagi telah disiapkan infrastruktur untuk menempatkan tambahan 30,000 pokok. Memandangkan pasaran buah tomato adalah baik, beliau telah meluaskan kawasan tanaman tomato berdasarkan baki kawasan yang ada.

Hasil tomato boleh dikutip selepas 2 bulan ditanam. Secara purata beliau memperolehi hasil sebanyak 2 tan seminggu dan buah ini boleh dikutip berterusan sehingga 3 bulan. Jangkahayat tanaman tomato untuk sepusingan adalah selama 6 bulan, selepas itu pokok lama akan dicabut untuk digantikan dengan pokok yang baru. Dalam tempoh setahun, beliau berupaya melaksanakan 2 pusingan penanaman. Beliau mampu meraih hasil pengeluaran sehingga 50 tan/pusingan untuk kapasati 50,000 pokok. Bagi memastikan pemasaran hasil terjamin, beliau mengikat perjanjian ‘contract marketing’ dengan FAMA pada harga RM1.80/kg.

Secara keseluruhan segala usaha beliau dalam pertanian komersial ini memberikan hasil keluaran bulanan sebanyak RM200,000 dengan pendapatan bersih sekitar RM40,000 sebulan.
Back to top Go down
http://borneokinabalutravel-tours.blogspot.com/
 
Penanaman secara fertigasi.....
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» kenapa Qur'an tidak disusun secara kronologis
» Penyembuhan Ilahi secara Islami lebih manusiawi ketimbang secara Kristiani
» Manfaat Sholat dan Wudhu secara ilmiah
» definisi aswaja
» hukum usaha kredit barang

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
JooMBa :: Usahawan dan Keusahawanan :: Usahawan-
Jump to: